Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan sejarah, Kampung Balok diberi nama kerana terdapat banyak kayu balak di sekitar kampung pada waktu itu. Kayu-kayu ini dibawa keluar bagi tujuan export. Akibat peredaran zaman, balak ini telah dijadikan asal kepada nama Balok



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


SAMBUTAN BULAN KELUARGA PERINGKAT KEBANGSAAN

Aktiviti Terkini | 30 November 2018

Program ini adalah program membudayakan etika penggunaan gajet serta melayari alam siber secara sihat bertepatan dengan konsep Sambutan Bulan Keluarga Peringkat Kebangsaan Negeri Pahang 2018 iaitu “Keluarga Bijak Siber”....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM HARI POS SEDUNIA 2018 PERINGKAT NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 09 & 12 Oktober 2018

Pusat Internet area Kuantan terlibat dalam menyertai pembukaan booth mengenai Pusat Internet. Program ini dapat memperkenalkan peranan Pusat Internet kepada masyarakat serta dapat memberi pendedahan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet...baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI

Aktiviti Terkini | 07 Oktober 2018

Program telah bermula seawal 8.30 pagi dan berlangsung selama setengah hari. Beberapa aktiviti sukaneka turut diselitkan bagi menarik pengunjung ke program terbabit. Selain itu, hadiah cabutan bertuah juga turut disediakan kepada pengunjung yang membeli produk berkenaan....baca selanjutnya

PROGRAM HIMPUNAN USAHAWAN ANJURAN KELAB USAHAWAN IKHTIAR KUANTAN PAHANG

Aktiviti Terkini | 22 September 2018

Program ini menerangkan tentang kepentingan untuk menjaga keselamatan siber serta kepentingan dan kesan jika keselamatan siber diambil enteng, selain itu memperkenalkan PI1M dan mengeratkan hubungan antara komuniti...baca selanjutnya

PAMERAN KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) 2018 PERINGKAT NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2018

Pihak PI dijemput untuk mengadakan pameran di SK Balok sempena Pogram Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Negeri Pahang...baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing....baca selanjutnya

BENGKEL DAN PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP

Aktiviti Terkini | 18 - 21 Julai 2018

Aktiviti ini memberi pendedahan cara menggunakan software Adobe Photoshop melalui bengkel ini kepada peserta yang menyertai program ini...baca selanjutnya

HARI BERSAMA AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN BERSAMA PELAJAR GIATMARA

Aktiviti Terkini | 07 Jun 2018

Hari bersama Al-Quran sempena bulan ramadhan dapat mengisi hari dan waktu terluang dengan membaca Al-Quran....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI HARI TERBUKA PI1M FELDA BUKIT SAGU

Aktiviti Terkini | 06 Mei 2018

Hari Terbuka PI1M Felda Bukit Sagu dan Hari Komuniti Felda telah diadakan pada 06.05.2018 (Ahad) yang lalu di mana pelbagai jenis aktiviti telah dijalankan bersama penduduk setempat dan antaranya ialah sukaneka dan permainan atas talian....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI HARI TERBUKA PI1M PERMATANG PAUH

Aktiviti Terkini | 29 April 2018

Program ini menerangkan tentang kepentingan untuk menjaga keselamatan siber serta kepentingan dan kesan jika keselamatan siber diambil enteng, selain itu memperkenalkan PI1M dan mengeratkan hubungan diantara pelajar serta penduduk sekitar PI1M...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE BERSAMA TADIKA KEMAS BALOK PANTAI

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2018

Pertandingan mewarna bersama pelajar Tadika Kemas bertujuan untuk meningkatkan kreativiti dan daya komunikasi di antara mereka....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK TENGKU ABDUL RAHMAN TALIB (SMART)

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2018

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan orang ramai....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI PI1M SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018

Pihak PI1M mengadakan aktiviti bersama ahli, mengadakan aktiviti yang berkonsepkan pendedahan kepada keselamatan internet...baca selanjutnya

SERAMBI TERUNTUM RUN 2018

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2018

Program ini dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Komuniti untuk menaikkan nama Serambi Teruntum dan dan memperkenalkan usahawan kepada pengunjung...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti